26 October 2022

ISU BERTELEKUNG DI MEKAH - SAJAT BERSUMPAH DIA KENA PAKSA PAKAI OLEH IMIGRESEN



Nama usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia berpenampilan seperti jemaah wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, dua tahun lalu.


Setekah sekian lama berdiam diri, kini Sajat menerusi siaran langsung di TikTok telah menjawab persoalan pengguna laman sosial yang bertanya mengenai kes memakai telekung serta bertudung ketika di sana.

Menjawab soalan yang diajukan oleh seorang pengguna laman sosial, Sajat berkata dia berpenampilan sedemikian kerana dipaksa atas arahan pihak imigresen di sana.

"Tak, kat Mekah tu memang saya kena pakai macam tu. Memang, lillahi ta'ala, sumpah. Memang saya sampai di imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai hijab (telekung)," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Sajat lagi, dia menegaskan apa yang diberitahunya itu bukan satu penipuan serta berani bersumpah di atas nama ibu dan bapanya.

"Lillahi ta'ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya," tuturnya lagi.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang mengatakan pihak imigresen meminta usahawan itu berbuat demikian kerana susuh tubuhnya boleh mengganggu jemaah lelaki.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: