26 October 2022

"DIA HARAP BABY GIRL TAPI BELUM REZEKI LAGI" - ISTERI RODY KRISTAL ALAMI KEGUGURAN



"Check up hari ini takde dah 🥲.. Sorry sayang @rodykristal, dia harapkan baby girl tapi belum rezeki kami.. Insyallah one day ok, doakan kami.. Semua ni dah tertulis.. En. Mi cakap next anak tak nak letak Baby C.. terus ke Baby D.. sebagai ingatan kami dekat dia, walaupun seawal dua bulan tapi dia cakap itu anugerah kita 🥹.


"Tq buat @thenameismell @hann.86 datang jauh-jauh bawa pergi hospital.. nasib bukan grab yang hantar 🙈. Moga korang sentiasa dipermudahkan urusan 😘," demikianlah tulis isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman menerusi laman Instagram, dimana dia memaklumkan dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan di sebuah klinik pada Rabu.

"Semuanya kembali normal. Kosong dah. Ramai yang kata anak syurga. Terima kasih semua," tulis Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan.

Dalam pada itu, isteri Rody berkata, sekiranya selepas ini mereka dikurniakan rezeki anak lagi, mereka bercadang untuk memberi nama 'Baby D' sebagai tanda peringatan kepada Allahyarham anak mereka tersebut.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersimpati dan mendoakan agar pasangan ini dikurniakan lagi rezeki menimang cahaya mata perempuan.

"Semoga Allah kurniakan rezeki bayi perempuan tidak lama lagi. Semoga terus kuat. Semoga dikurniakan lagi rezeki, Insya Allah." a- "Bayi syurga menanti ayah dan ibu di sana. Salam takziah. Insya Allah ada lagi rezeki selepas ini," antara komen pengikutnya.

Untuk makluman, Rody atau Mohd Rodi Baharudin dan Niena melangsungkan perkahwinan pada 27 April 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adithya Jabbar, 3 dan Barie Habibullah yang kini berusia dua tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: