09 October 2022

BILA ELLY MAZLEIN JADI PENYAMPAI RADIO PULA: "HABIS SEMUA JOB ORANG DIA NAK CARAS EH"



Murah rezeki Elly Mazlein atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom apabila dia kini bergelar penyampai radio ERA selepas menjadi penyanyi, pelakon dan juga hos.


Berita tersebut diumumkan menerusi Instagram rasmi Era.FM pada Sabtu. Difahamkan, Elly bakal berada di konti Era.FM bagi mengendalikan segmen Carta Era 40 bermula Selasa.

"Welcome on board Kak Lina Pom Pom. Secara rasminya hari ini Kak Lina Pom Pom dah jadi family ERA guys. Bermula next week, Lina Pom Pom akan mengendalikan #CartaERA40 ! Habis semua job orang dia nak caras eh. 😂 #sharERA," demikian kapsyen yang ditulis pengendali laman Instagram ERA.

Elly yang juga hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bersama Nabil Ahmad turut berkongsi perkara sama di Instagram sambil menitipkan ucapan terima kasih atas kepercayaan.

Klik untuk gambar besar



"Alhamdulillah Syukur.. Saya tidak hebat mana.. Saya cuba jalankan tugas yang telah diamanahkan sebaik mungkin.. Saya tak pandai bermadah dan apatah lagi nak bagi tip, tiberrrrrrr... katenye dah deleted, Ehhhh 🤣🤣🤣🤣..

"Cuma yang saya pandai adalah, Menjadi Pencuri.. Iaitu Pencuri hati chuollllll la dikkkk.. Ok Jangan lupa dating dengan Kepom di #CartaEra40 hokeyyyy ❤️❤️❤️❤️❤️.

"Tq @era.je @astromalaysia diatas peluang ini.. Terima Kasih 🤝♥️ Astro, Kak Lina melaporkan diri mulai hari Selasa ♥️🤝🤲🎉 #Tip #resume #tibehhhhh #ZamanBerlalu," kata Elly pula di Instagramnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas bidang baharu yang bakal digalas Elly minggu hadapan di Era.FM.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: