"Sekarang saya dijangkiti C0V1D tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua body 'reject'. Minum saja boleh.
"Saya okey saja cuma paru-paru dengan perut dah banyak air, buah pinggang pun terganggu. Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik," demikian tutur penyanyi Mafarikha Akhir, 29.
Baru-baru ini, Mafarikha telah dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas dijangkiti C0V1D tahap lima dan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan.
Mafarikha atau mesra disapa Mafa yang baru pulang dari Istanbul, Turkiye bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa berkata, dia berada dalam keadaan okay tetapi perlu berpuasa.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi lagu 'Angin' itu berkongsi dia mengalami muntah-muntah serta badan menggigil pada tiga hari terakhir di Istanbul. Namun, suaminya dalam keadaan sihat.
"Saya ingatkan keracunan makanan dan tiga hari terakhir di sana, saya hanya berehat tidak ke mana-mana. Setiba ke Malaysia hari ini, saya terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Mulanya doktor maklumkan saya menghidap C0V1D tahap empat. Ini kali pertama saya dijangkiti C0V1D," kata Mafa yang bagaimanapun bersyukur suaminya sihat dan tidak dijangkiti virus itu dan dalam masa sama, dia juga memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buatnya.
________________________
No comments:
Post a Comment