24 October 2022

TUKAR MAKANAN BERASASKAN SAYUR-SAYURAN - SOFEA JANE TOLAK PUJIAN, AKUI KULITNYA DAH ADA KEDUTAN HALUS



"Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun. Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif.


"Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita," itulah ujar pelakon cantik berdarah kacukan Inggeris, Datin Sofia Jane yang seakan menolak pujian mengatakan dirinya masih kelihatan muda dan menawan, sebaliknya berkata hakikatnya dia sudah berusia 50 tahun, malah wajahnya sudah mempunyai garis-garis kedutan halus.

Sebut sahaja nama Sofia Jane, pasti ramai yang mengenali pelakon wanita ini yang kini sudah berusia 50 tahun, namun ibu kepada empat cahaya mata itu tetap cantik dan anggun.

Meluahkan rasa syukur di atas kurniaan diberikan Allah serta mengakui dia memetingkan penjagaan kesihatan, bagaimanapun Sofia berkata dia tidak suka apabila ditanya mengenai rahsia penjagaan kecantikan yang diamalkan.

Klik untuk gambar besar



"Saya sebenarnya tidak suka menjawab soalan begini walaupun menerima banyak pertanyaan tentangnya dalam Twitter. Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain.

"Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?" tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.

Dalam pada itu, selepas dipujuk, Sofia akhirnya mendedahkan dia mengamalkan makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.

"Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi 'vegetarian' sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak," kongsinya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: