02 October 2022

DITUDUH GANGGU SUAMI ORANG GARA-GARA BALAS MESEJ - INI JELAS ELIZAD



Pelakon dan juruhebah radio, Siti Elizad baru-baru ini telah dituduh mengganggu suami orang oleh sesetengah netizen, hanya disebabkan membalas mesej peminat di media sosial.


Kata Elizad, dia tidak berniat untuk menjadi perampas suami orang dan hanya membalas mesej yang dihantar di Instagram sebagai tanda menghargai sokongan peminat.

Ujarnya lagi, dia tidak mengetahui sama ada individu itu lelaki atau perempuan mahupun suami orang kerana bilangan yang menghantar mesej terlalu ramai.

Meskipun menerima komen dan tuduhan negatif mengenai perkara itu, Elizad memilih untuk tidak ambil kisah dengan perkara-perkara sebegitu kerana lebih suka menghabiskan masa bersama suami.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ada 20 komen, semuanya saya akan beri emoji love. Saya pun tak tahu lelaki atau perempuan sebab ramai. Sekali kena pula laki orang. Sampai isteri dia pula mesej saya marah-marah.

"Jangan risau akak-akak di luar sana. Suami anda bukan taste saya. Saya takkan kacau, Insya-Allah. Bibit-bibit cinta bersama suami saya masih ada walaupun belum dikurniakan zuriat," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia mengamalkan sikap hormat-menghormati apatah lagi peminat di luar sana yang suka memberi hadiah sebagai tanda ingatan kepadanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: