02 October 2022

NEELOFA SEBAK BERPELUANG LIHAT HELAIAN RAMBUT NABI MUHAMMAD



"Saat melihat helaian rambut Rasulullah SAW, Allah bagi rasa seolah Nabi SAW ada dekat… wahai Allah, teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah SAW."


Demikian tulis selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa yang dilihat sebak apabila berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW di Persada Johor International Convention Centre.

Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, Neelofa dilihat beberapa kali mengesat air mata sepanjang berada di pameran tersebut. Menurut Neelofa, dia dapat merasa seolah berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW ketika melihat helaian rambut yang dipamerkan.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh hati serta menyifatkan bekas pengacara MeleTOP itu sangat bertuah dapat melihat artifak peninggalan Nabi Muhammad dan sahabat baginda.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: