30 October 2022

IBU BAWA BAJU KURUNG UNTUK BELLA - DR AMALINA KESAL DISINDIR



"Bella is dressed in a baju kurung made by her Tok Ma 🥰," tulis Dr Amalina yang memuat naik gambar anak sulungnya, Arabella Mia sedang memakai baju kurung pemberian ibunya.


Bagaimanapun, Dr Amalina telah disindir oleh segelintir netizen yang mengatakan dia sudah melupakan adab dan budaya orang Melayu kerana sudah bermastautin di luar negara, gara-gara menggayakan anak perempuan dengan baju kurung.

Berikutan itu, ibu muda ini meluahkan rasa kesal dengan sikap warga maya yang sering bersangka buruk di laman media sosial miliknya. Kata individu itu, ibu Amalina mungkin memerli wanita itu kerana menghadiahkan Arabella Mia dengan sepasang baju kurung.

"Mungkin tokma (ibu Amalina) nak perli ibu (Amalina) tu sebab dah tak kenal baju kurung," kata pengguna laman sosial itu.

Klik untuk gambar besar



Jelas Dr Amalina, dia sendiri yang meminta ibunya untuk membawa baju kurung buat si kecil itu supaya dapat merasa budaya Melayu di London. Ini kerana kata Dr Amalina, sangat susah untuk mendapatkan baju tradisional Melayu di negara itu.

Dalam masa sama, Dr Amalina juga menzahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang busuk hati namun mendoakan agar individu tersebut dikurniakan hati yang baik selain mendoakan perkara-perkara yang baik sahaja.

"Saya pelik dengan netizen begini yang suka sangat bersangka buruk dengan orang. Saya doakan supaya puan ini dikurniakan hati yang baik supaya dapat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk orang lain.

Terdahulu, Dr. Amalina memaklumkan bahawa dia pernah disoal mengenai status agama suaminya, Alexander Charles di Instagram oleh individu tidak dikenali.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: