30 October 2022

KENA TEGUR NAMPAK BENTUK PUNGGUNG - INI RESPON KILAFAIRY



"Tak manis nampak bentuk badan, tak sesuai dengan imej bertudung. Semoga istiqamah dalam penghijrahan," demikian komen seorang pengguna laman sosial yang tampil menegur penampilan pelakon dan penyanyi Kilafairy ketika dia menghadiri anugerah The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 baru-baru ini.


Kilafairy yang turut menerima anugerah tersebut pada malam itu tampil bergaya dengan gaun hitam bersama rantai berwarna perak membuatkan aktres itu kelihatan cantik dan menawan.

Di sebalik kegembiraan Kilafairy menerima penghargaan pada malam itu, ada segelintir netizen tidak senang hati dan mengkritik baju yang dipakainya kerana terlihat ketat dan seksi.

Klik untuk gambar besar



Kata netizen lagi, baju tersebut terlalu menampakkan bentuk tubuh badannya sekaligus membuatkan Kilafairy seksi selain tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Namun begitu, ada juga yang mendoakan agar pelakon filem 'Karak' ini agar tidak berputus asa dalam memakai tudung dan menjadi muslimah yang solehah sehingga ke akhirnya.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: