31 October 2022

TIADA SIAPA BELI BANGLO HARGA RM9.5 JUTA - SAJAT LELONG HARGA BARU RM7 JUTA



Usahawan sensasi iaitu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini mahu melelong banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara itu dengan harga RM9.5 juta sejak awal tahun.


Namun sehingga kini, masih belum ada individu yang tampil membeli. Dek kerana itu, Sajat telah menawarkan harga baru banglo miliknya itu pada harga RM7 juta.

"Harga jualan baharu hanya RM7 juta dan terus dari pemilik, sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Cik Nadhia," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian di laman Instagram, Sajat turut menyediakan perkhidmatan sewa banglo dua tingkat itu pada harga RM23,000 sebulan.

Dalam entri yang sama, Sajat turut memaklumkan bahawa harga masih lagi boleh dirunding lagi mengikut budi bicara kedua-dua pihak.

Bukan itu sahaja, khidmat peguam serta pengurusan pinjaman bank juga secara percuma akan diberikan bagi pembeli yang berminat, agar proses jual beli berjalan dengan lancar.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: