31 October 2022

IMPIAN BUAT PERSEMBAHAN DEPAN ANAK TAK KESAMPAIAN - TOM AKUR , SELUAR TERTANGGAL BUKAN PUNCA TERSINGKIR



"Ikutkan minggu depan anak saya nak datang untuk lihat persembahan saya, tapi tiada rezeki sebab saya dah tersingkir. Kalau boleh saya nak peluk dia malam itu, tapi tiada rezeki. Jadi saya akan ke Johor Bahru untuk jumpa dia.


"Bagaimanapun malam ni sebenarnya saya dah rasa nak keluar, Tom akur dengan keputusan juri," demikian kata peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Tom apabila perjuangan di program realiti tersebut terhenti apabila diumumkan tersingkir di konsert minggu ketujuh.

Malah, hasrat Tom untuk membuat persembahan di hadapan anaknya tidak kesampaian. Jelasnya lagi, dia akan ke Johor Bahru untuk bertemu dengan tiga orang anak lelakinya.

Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, mengakui berasa sedih perjalanannya di GV9 akhirnya terhenti terutama pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Klik untuk gambar besar



"Saya sangat sedih. Sangat sedih sebab tak mampu nak lawan lagi. Sebenarnya, saya memang mengalah dah tapi saya cuba juga nak buat yang terbaik. Kalau ikutkan, saya nak nyanyi naik satu 'key', tapi Tok Ram suruh nyanyi key asal juga.

"Bukan sebab seluar tertanggal saya tersingkir. Saya percaya orang yang lebih arif. Jadi, saya akur dengan penyingkiran ini dan saya akui menyanyi (malam tadi) pun ‘goyang’ sebenarnya," ujarnya

Dalam konsert minggu tujuh itu, Tom menyampaikan lagu 'Akhirnya Kini Pasti' nyanyian asal Anita Sarawak. Tom akur apabila mendapat markah paling rendah iaitu 55.20%.



Datin Marlia Musa yang tampil sebagai juri bagi menggantikan Datuk Syafinaz Selamat itu memberitahu persembahan Tom menerusi lagu ikonik itu tidak ubah seperti penyanyi asal.

"Saya mengakui diri kecil berbanding bintang-bintang lain yang bertanding di GV. Tidak dinafikan saya terkilan, namun saya percaya dengan ketentuan-Nya. Banyak yang saya belajar sepanjang bertanding di GV9. Paling manis, pada minggu lalu saya berkongsi pentas bersama Shila Amzah dan Jaclyn Victor.

"Ini bukanlah pengakhiran sebaliknya permulaan untuk saya terus bergerak aktif dalam bidang seni. Insya Allah, saya dan pengurus akan terus merangka kerjaya seni untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni," tutur Tom.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: