03 October 2022

EINA AZMAN, FOUZIAH GOUS TERUS BERDIAM DIRI ISU GELARAN 'DATUK PALSU' SUAMI



Semua sedia maklum mengenai dakwaan gelaran 'Datuk' yang dimiliki oleh suami kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman dan Datin Fouziah Gous adalah palsu, selepas individu itu mendakwa hasil semakan di portal rasmi Darjah Kebesaran iaitu Istiadat mendapati nama Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah (suami Eina Azman) dan Datuk Zhafran Md Yusof (suami Fouziah Gous) tiada.


Bagaimanapun, sehingga kini kedua pelakon wanita itu terus berdiam diri untuk menjawab dakwaan 'Datuk palsu' yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing.

Usaha media untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti berkenaan gagal apabila mesej dan panggilan telefon tidak dibalas serta dijawab.

Klik untuk gambar besar



Hasil tinjauan mendapati, menerusi Insta Story Fouziah Gous, mengatakan dia kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak bagi mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya, FG Walet.

Manakala, Eina pula melalui Instagram Story berkongsi beberapa juadah makanan masakannya untuk hidangan sekeluarga pada hujung minggu inim, termasuk juga menikmati keenakan durian Musang King.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai isu pembelian gelaran 'Datuk palsu' termasuk suami kepada selebriti Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman. Difahamkan, ia berikutan ada individu membuat semakan dan mendakwa nama suami Heliza tiada dalam senarai sistem istiadat rasmi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: