02 October 2022

ISU RAKAN ARTIS BURUKKAN NAMANYA - ANNA JOBLING TIDAK MAHU AMBIL PUSING, PERCAYA PADA REZEKI



"Rezeki masing-masing kan... dan saya tak kacau sesiapa pun, jadi kenapa dia nak kacau saya? Kenapa nak dengki dengan orang," ujar pelakon yang sedang meningkat naik, Anna Jobling yang tidak mahu terus berfikir dan ambil pusing mengenai isu melibatkan seorang pelakon yang dikatakan memburukkan namanya di platform media sosial.


Baru-baru ini, timbul kenyataan seorang pelakon wanita yang didakwa mempertikaikan penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan. Isu tersebut dibincangkan dan menjadi bualan peminat Anna di platform Twitter.

Menurut Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia percaya yang rezeki setiap orang itu sudah ditetapkan dan tidak pernah salah alamat.

Klik untuk gambar besar



Tambah pelakon berusia 22 tahun itu, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk bertemu dengan pelakon wanita tersebut. Hal ini kerana, kata Anna, pelakon berkenaan yang memulakan 'api' tanpa sebarang sebab yang munasabah.

"Jujurnya, saya tidak akan rendahkan diri sehingga ke tahap itu. Saya akan terus kerja keras, sentiasa positif dan sibukkan diri dengan rutin saya sendiri. Bagi saya, apabila kamu dengki dengan orang, rezeki kamu akan jadi lagi sikit.

"Kalau dia nak dengki dengan saya, itu masalah dia bukan saya. Dan kalaulah saya berjumpa dengan dia kelak, saya tetap jadi diri sendiri. Keadaan saya baik-baik sahaja, saya berasa bersyukur kerana peminat saya tak pernah berhenti menyokong. Perkara itu yang saya mahu fokuskan," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: