02 October 2022

TAMPIL SEKSI - NETIZEN 'SEKOLAHKAN' AZIRA SHAFINAZ: "PENAT JAGA BADAN, AKHIRNYA KENA BAKAR"



Baru-baru ini, menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi dan juga pelakon iaitu Azira Shafinaz dilihat rancak bercuti bersama teman-teman di Bangkok, Thailand.


Momen-momen percutian itu telah dimuat naik anggota kumpulan De Fam untuk tatapan peminat di luar sana.

Dalam hantaran foto tersebut, Azira yang mengenakan baju 'dress' berwarna silver paras lutut itu sedang meraikan sambutan hari jadi di sebuah bar yang terkenal di Bangkok, bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, ruangan komen hantaran foto tersebut dipenuhi kata-kata teguran dan nasihat daripada peminat dan juga warga maya yang prihatin dimana mereka menegur pakaian Azira telah dikatakan agak seksi.

"Penat jaga badan, last-last kena bakar. Kenapa seksi sangat ni?

Meskipun dihujani komen-komen berbaur sindiran, Azira tidak pula membalasnya dan hanya mendiamkan diri.

Klik untuk gambar besar













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: