02 October 2022

AL-FATIHAH - BAPA RITA SOSILAWATI DIJEMPUT ILAHI PADA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA



"Hari ni (semalam) abah saya "BUHARI BIN MOHAMED" telah kembali ke rahmatullah pada 6.30 pagi tadi (semalam)... Allah lebih menyayangi diri abah... dan lebih menyedihkan abah pergi pada hari 'birthday abah 1 October 1949'.


"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...

"Amin Ya Rabb," tulis usahawan terkenal Datin Rita Sosilawati yang memaklumkan bapanya, Buhari Mohamed telah meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Klik untuk gambar besar



Khabar duka itu dikongsikan Rita menerusi hantaran di akaun Instagramnya. Menurut laporan media, Allahyarham difahamkan meninggal dunia kerana penyakit kencing manis.

Jenazah bapa Rita dimandikan dan dikafankan di Masjid Al-Firdaus, Bandar Baru Selayang pada pukul 12 tengahari dan disembahyangkan selepas solat Zohor semalam.

Untuk makluman, Rita merupakan anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya daripada lima beradik.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: