Pelakon Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki mereka, Wan Khair Amir di media sosial, selepas hampir enam bulan melahirkan cahaya mata sulung.
Pasangan ini memuat naik beberapa keping gambar mereka sekeluarga yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.
Mira dan suaminya dalam masa sama turut berdoa agar putera sulung mereka itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa. Dalam pada itu, pasangan berkenaan menerusi hantaran di laman Instagram juga meluahkan rasa sayangnya terhadap anak mereka.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air. Papa dan mama sayang anak papa mama Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu," katanya.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke bahagian komen, rata-rata warganet memuji kecomelan wajah anak pasangn ini. Mereka juga berpendapat bahawa wajah Wan Khair Amir seiras wajah ibunya.
"Wah comelnya, iras muka mama la." - "Manisnya muka, banyak ikut Mira ni. Senyum pun sama." - "Amir cemboy la, geram dengan pipi dia," kata beberapa netizen.
Untuk makluman, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.
________________________
No comments:
Post a Comment