02 October 2022

ISU JODOH - INI PESANAN AZHAR SULAIMAN BUAT LEONA: "DAH CONFIRM MASUK MEMINANG BARU YOU TUNJUK..."



"Dear Nuna.... Lepas ni kalau dah confirm nak masuk meminang SAHAJA baru you tunjuk pada semua orang who is your boyfriend ok. Don't get yourself suck into the Limelight. "Beware Of The Dark Side" - Uncle Yoda," itulah tulis pelakon terkenal Azhar Sulaiman menerusi laman Instagram miliknya dimana dia ada menitipkan pesanan buat anak gadisnya, Kasih Iris Leona mengenai isu jodoh dan perhubungan cinta.


Siapa tidak kenal Leona yang tidak henti-henti mencetuskan kontroversi. Baru-baru ini, Leona menerusi media sosialnya ada mengumumkan bahawa dia 'patah hati' setelah putus cinta dengan kekasihnya yang bernama Ryan.

Leona yang kini berada di luar negara bagi tujuan melanjutkan pelajaran, juga memaklumkan bahawa dia dan bekas kekasihnya itu masih berkawan sehingga ke hari ini.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Azhar yang gemar menggelarkan dirinya sebagai 'mami' berkata, selepas ini Leona perlu memastikan hubungan yang dibina sampai ke tahap pertunangan barulah dihebahkan kepada umum.

Azhar juga berharap agar anaknya itu tidak lagi mencuri tumpuan netizen dan sentiasa berjaga-jaga dengan sisi gelap. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut media sosial pelakon itu turut menasihati benda yang sama dan berharap agar Kasih Iris lebih matang di masa hadapan.

 
 


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: