03 October 2022

RAI ANNIVERSARY KE-11 DI GV9 - NABIL DIPERSOAL BAWA HAL PERIBADI ATAS PENTAS



Pada konsert ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), pengacara dan pelawak Nabil Ahmad telah membuat kejutan buat isterinya, Nazirah Ayup sempena ulangtahun perkahwinan mereka ke-11.


Ketika konsert tersebut yang berlangsung secara langsung, Nabil menjemput isterinya yang berada di kerusi penonton naik ke pentas diiringi nyanyian hos gandingan, Elly Mazlein.

Nazirah atau mesra dissapa Zira kelihatan sangat terharu dan sebak dengan kejutan ayang dibuat suaminya itu yang turut diserikan dengan sebiji kek tiga tingkat di atas pentas.

Nabil kemudian turut mendedikasikan ucapan romantis dengan mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang sanggup bertahan serta bersabar menjadi seorang ibu kepada tiga orang anak perempuan mereka iaitu Naira Mikayla, Leyla Medyna serta Mishall Imani.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nabil yang mendirikan rumah tangga dengan Zira pada 30 September 2011 itu juga berharap dia mampu menjadi seorang suami yang sentiasa setia bersama isterinya sehingga hujung nyawa.

"Malam istimewa, selepas 11 tahun melayari perkahwinan bersama seorang wanita bernama Nazirah Ayup, hari ini saya nak ajak dia ke pentas. Tak sempat nak buat majlis sambutan ulang tahun perkahwinan, hari ni ramai penyanyi, kek pun ditaja.

"Bukankah hari ni anniversary terindah? Terima kasih sayang sebab sudi bertahan dan bersabar. Menjadi ibu kepada tiga orang anak bukan mudah. Saya nak minta semua yang menonton, doakan kebahagian kami.



"Jadikan saya seorang suami yang istiqamah. Kaburkan mata saya kepada wanita lain. Jadikan wanita ni terindah buat saya. Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah pisahkan kita," ucap Nabil.

Meskipun ramai yang tersentuh melihat kejutan berkenaan, namun ada yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Nabil kerana menggunakan pentas GV9 untuk tujuan peribadi.

Kata netizen lagi, mereka mahu menonton acara nyanyian bukan sambutan ulang tahun perkahwinan di atas pentas.

Bagaimanapun, disebalik kritikan itu ramai yang mendoakan agar rumah tangga pengacara itu kekal hingga ke jannah dan sentiasa diberikan bahagia bersama keluarga.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: