03 October 2022

TULAR VIDEO MELUDAH ATAS PENTAS - NETIZEN KRITIK SIKAP NOH HUJAN YANG SEMAKIN PELIK



Sebelum ini, nama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi menghisap rokok elektronik semasa ditemu bual media dalam sebuah acara yang berlangsung sekitar Julai lalu.


Kemudian nama Noh sekali lagi menjadi sebutan apabila dia memegang rokok ketika berjalan untuk sebuah jenama pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022).

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Noh itu yang dikatakan tidak wajah dipertontonkan kepada umum. Kata netizen lagi, meskipun rokok tersebut tidak dibakar namun ianya kurang sopan.

Terkini, bekas suami kepada Mizz Nina itu kembali menjadi bualan netizen yang mendakwa Noh hilang pertimbangan gara-gara aksi peliknya yang tiba-tiba meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan di sebuah festival muzik baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Video yang dimuat naik di Twitter itu memaparkan aksi Noh meludah ketika di atas pentas dipercayai ketika membuat persembahan di satu acara.

Dapat dilihat menerusi video itu, Noh seolah meludah ke arah peminat yang berada di bawah. Turut tertera kapsyen pada video berbunyi, "Nasib la siapa kena ludah tu".

Video tersebut menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut dengan tindakan Noh itu serta mengatakan geli dengan apa yang dilakukan oleh penyanyi berkenaan.

Menerusi ciapan itu juga, rata-rata mengkritik keperibadian Noh yang dianggap biadab dan tidak selari dengan statusnya yang sudah bergelar 'haji'.



Dalam pada itu, ada yang mengatakan Noh dilihat berbeza selepas bercerai serta ada netizen tertanya-tanya adakah penyanyi itu sakit selepas melihat tindakannya itu.

"Noh ludah dari atas pentas sampai sekarang saya tak tahu dia ini sihat atau tidak? Macam orang tiga suku pun ya." - "Saya rasa Noh memang ada sisi ganas. Tapi saya tak boleh terima kalau tiba-tiba nak perangai pelik."

"Noh ludah sebab nak bagi 'feel' hujan." - "Kena ludah dengan Haji Noh," antara beberapa komen netizen.

Terdahulu, pasangan selebriti Noh Salleh dan Mizz Nina mengejutkan industri hiburan apabila mengumumkan mengenai perceraian mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: