22 October 2022

FAZURA & FATTAH AMIN DIPUJI BERSIKAP 'HUMBLE' MELAWAT JAHIDAH: "FAZ MENANGIS KAT LUAR BILIK..."



Baru-baru ini, pasangan selebriti terkenal, Fattah Amin dan Fazura telah membuat lawatan ke rumah bagi melihat keadaan Jahidah Nordin yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.


Lawatan pasangan ini dikongsikan adik kepada Jahidah iaitu Fauziah Nordin menerusi laman Facebook miliknya. Perkongsian itu telah mendapat perhatian dimana mereka dipuji bersikap rendah diri walaupun bergaul dengan orang biasa.

"Rezeki dapat jumpa Fazura & Fattah amin .. memang humble sangat pasangan ni, peramah tak kekok bergaul..," kata Fauziah.

Dalam pada itu, Fauziah turut menceritakan bagaimana Fazura berasa sebak ketika melihat keadaan kakaknya yang terlantar sakit.

Klik untuk gambar besar



"Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah sebak menangis kat luar bilik. Tak sanggup tengok keadaan Kak Jahidah. Suami dia pujuk dia kuatkan hati tengok Kak Jahidah," tuturnya.

Pada akhir coretannya, wanita itu sempat berterima kasih kepada kedua pasangan selebriti berkenaan serta Team mukmin pro yang sudi datang melawat.

Untuk makluman, kisah Jahidah Nordin sebelum ini mendapat perhatian apabila dia mengalami kecederaan serius pada kepala dan koma selepas menjadi mangsa pukul suami di rumah mereka di Johor Bahru.

Selepas kejadian itu, difahamkan Jahidah masih lagi tidak mampu memberi sebarang tindak balas dan kini dijaga oleh adiknya, Fauziah.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: