22 October 2022

TEMPELAK SYED SADDIQ - ISU SHAHROL SHIRO TIKAM BELAKANG DIUNGKIT



Nama Shahrol Shiro sebelum ini hangat diperkatakan selepas pendedahan dibuat oleh rakannya daripada kumpulan Shiro, Ajak tentang isu 'tikam belakang'.


Selepas pendedahan tersebut, ramai sudah mengetahui apa sebenarnya yang berlaku berhubung sebelum ini Shahrol menyepi. Dia bagaimanapun masih aktif di media sosial dan lantang bersuara menegur beberapa individu termasuklah Afdlin Shauki sebelum ini.

Terbaru, Shahrol turut menempelak ahli politik dari Muar, Syed Saddiq menerusi satu hantaran di akaun Twitter berkenaan isu berkempen untuk pilihan raya.

"Kelakor gila dia ni 🤣🤣🤣. Kalau ada MLM boleh jemput dia ni jadi artis jemputan 🤣🤣🤣," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima banyak kecaman netizen malah kebanyakan daripada mereka turut mengungkit tentang isu lamanya dengan Ajak itu.

Ciapan daripada seorang pengguna Twitter dikenali Afiq Shari meraih perhatian ramai netizen di mana dia memerli Shahrol kerana 'menikam belakang' rakannya sendiri.

"Tapi kau lagi kelakor. Makan job kawan kat Era macam tu je. Padan la SATE tu berapa bulan je kemudian gagal," katanya.

Ramai warganet bersetuju dengan ciapan dibuat oleh Afiq itu dan ada yang sempat memerlinya dengan berkata Shahrol kini sudah tiada job sebagai pelawak dan terpaksa join politik pula.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: