25 October 2022

HAMPIR SEBULAN BERSALIN - ADIRA KONGSI WAJAH & NAMA ANAK KEEMPAT, 'AYUB'



Penyanyi Adira Suhaimi yang sudah hampir sebulan menimang cahaya mata keempat pada 29 September lalu itu menerusi laman Instagram baru-baru ini telah berkongsikan wajah anak lelakinya yang diberi nama 'Ayub'.


Menerusi entri tersebut, Adira memuat naik video yang memaparkan Ayub sedang minum susu: "Botol susu favourite ayub ni, dah la design cantik, extra soft dan large nipple close to mummy. Botol pun boleh guna sampai besar sebab boleh jadi botol air," tulisnya.

Perkongsian Adira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecomelan Ayub serta memuji penyanyi itu memilih nama yang cukup simple namun mempunyai maksud yang indah.

Untuk makluman, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: