25 October 2022

MAFARIKHA: "OKSIGEN SAYA 10 PERATUS SAJA & SANGAT MENGAH... TAK BOLEH CAKAP LAJU-LAJU, PENAT"



"Saya masih berpuasa dari petang semalam sebab oksigen saya 10 peratus saja dan sangat mengah. Untuk elak proses intubasi, kenalah puasa. Saya kena berpuasa kerana takut air termasuk dalam paru-paru.


"Masuk air ikut tangan saja, kemudian kencing sajalah," kata penyanyi Mafarikha Akhir, 29, yang sempat membuat sesi 'live' mengenai perkembangan terbarunya di laman Instagram hari ini.

Penyanyi itu yang dijangkiti C0V1D tahap lima dan kini dirawat di Hospital Kajang ini mendakwa dia kini berada dalam keadaan sangat penat selepas tahap oksigennya turun sehingga 10 peratus semalam.

Mafarikha atau lebih mesra disapa Mafa berkata, doktor meminta dia berpuasa supaya dia pulih selain merawat bahagian paru-paru. Penyanyi lagu 'Angin' itu juga mengalami kesukaran untuk bercakap selain merasa terlalu dahaga.

Klik untuk gambar besar



"Tak boleh cakap laju-laju dan kena perlahan-lahan sebab saya macam lembap sangat-sangat dan penat tanpa berbuat apa-apa. Dahaga sangat, tak makan tak apa," tuturnya.

Semalam Mafa dimasukkan ke wad kritikal hospital berkenaan selepas dijangkiti C0V1D tahap lima dan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan. Selain berdepan simptom kesukaran bernafas, Mafarikha juga mengalami batuk berdarah.

"Sekarang saya sudah ditukarkan wad dan Alhamdulillah, kahak sudah tidak lagi berdarah sangat. Keadaan saya kini masih lagi semput, penat dan nak bercakap laju pun susah. Saya perlu menghabiskan tempoh kuarantin, selepas itu doktor akan lihat bagaimana keadaan saya nanti," jelasnya.



Menurutnya yang baru pulang dari Istanbul, Turkiye bersama suaminya, Muhammad Zariq Noorulyusaa, dia mengalami muntah-muntah serta badan menggigil pada tiga hari terakhir di sana. Bagaimanapun, suaminya dalam keadaan sihat dan ujian C0V1D dibuatnya juga negatif.

Sementara itu, Mafarikha turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika mengembara ke luar negara. Lebih-lebih lagi dunia kini masih belum bebas daripada wabak berkenaan.

"Ramai orang kata Istanbul sesuai untuk orang tua dan keluarga. Tapi, apa yang saya lihat sekarang ini cuaca pula berdebu dan sejuk. Jalan berbukit bukau. Memang senanglah untuk jatuh sakit bagi yang tubuh tidak kuat," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: