Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B baru-baru ini telah tampil dengan imej rambut seperti seorang lelaki dan ia menjadi perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Vida berkata dia tidak kisah Cik B tampil dengan imej sedemikian serta mahu anaknya itu meneroka ketika berada di zaman remaja serta melakukan apa yang disukainya.
Menurut Vida, zaman remaja Cik B tidak sama seperti mereka seusianya kerana dia sudah diberi tanggungjawab menguruskan perniagaan Salmon Skin Salted Egg.
Klik untuk gambar besar
"Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja. Cik B membesar tak sama macam orang lain. Saya dah bagi dia handle business Salmon Skin Salted egg," tulisnya,
Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat usahawan itu yang memberi anak gadisnya itu menikmati zaman muda namun masih dalam pantauan.
Bagaimanapun, seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen mengkritik Vida yang membiarkan Cik B meniru gaya rambut lelaki.
________________________
No comments:
Post a Comment