25 October 2022

MENARI SAKAN DI MAJLIS KAHWIN - SWEET QISMINA DIPERSOAL, TERLALU IKUT GAYA BARAT



Umum sedia maklum mengenai pasangan selebriti, Sweet Qismina dan Adam Lee yang akhirnya sah bergelar suami isteri semalam selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.


Difahamkan, pada hari sama iaitu pada sebelah malam, pasangan tersebut telah mengadakan majlis persandingan yang dihadiri keluarga, saudara serta rakan selebriti.

Bagaimanapun, tular video di TikTok dimana ia memaparkan Sweet dilihat sakan menari di majlis perkahwinannya itu sekaligus mengundang rasa kurang senang netizen.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial telah mempersoalkan perbuatannya itu yang tidak sepatutnya dilakukan bagi mendapatkan keberkatan majlis.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa kecewa dengan acara dalam majlis perkahwinan pasangan itu serta mengatakan terlalu mengikut gaya barat.

Meskipun ramai yang mengkritik, namun ada yang mempertahankan aktres itu dengan mengatakan tarian dilakukan Sweet itu tidak keterlaluan.












         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: