27 October 2022

"HARI INI MAK DAH TAKDE" - IBU ABBY ABADI MENINGGAL DUNIA SELEPAS PENGSAN KETIKA RAWATAN DIALISIS



"Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. hari ini Mak dah takde 🥹.


"Sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Mak saya & mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan di syurga terbaik disisiNYA.

"Pengsan waktu dialysis & terus meninggal. Akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan 🙏🏻."

Demikianlah tutur pelakon Abby Abadi yang memaklumkan mengenai pemergian ibunya, Hasnah Abu yang meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari Khamis.

Berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian di lnstagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkata, ibunya, Hasnah Abu sudah beberapa tahun menjalani rawatan berkenaan akibat masalah buah pinggang dan sempat meluangkan masa bersama Allahyarham pada Rabu.

Klik untuk gambar besar



Difahamkan, jenazah ibu Bekas anggota kumpulan Elite itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Sementara itu, suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata, ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis.

Minggu lalu, kata Faizal, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.

"Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua jug adalah masalah jantung. Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: