27 October 2022

WAWA TERIMA TEGURAN, TAK SENGAJA DEDAH AURAT - AERIL PERTAHANKAN ISTERI: "DIA TAK PERASAN WAKTU MENARI..."



Video dimuat naik Wawa Zainal bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa menerusi laman Instagram baru-baru ini telah menarik perhatian dan menjadi bualan ramai apabila gaya tudung yang dipakai aktres itu dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya sebagai wanita berhijab dan menampakkan bahagian leher dan telinganya.


Menerusi laporan mStar, Wawa menjelaskan video tersebut dirakam tanpa dirancang dan auratnya terdedah tanpa sengaja.

Dalam pada itu, Wawa berkata dia terbuka menerima teguran netizen serta akan memperbaiki ke arah yang lebih baik.

"Itu video malas-malas sahaja sebenarnya. Saya dengan Aeril main arah sahaja. Sebab sekarang ini semuanya kita serahkan kepada pekerja kita.

Klik untuk gambar besar



"Idea asal memang dari kita tapi untuk merealisasikan adalah pekerja," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, suaminya yang juga pelakon iaitu Aeril Zafrel tampil mempertahankan isterinya dengan menyangkal dakwaan netizen kononnya Wawa sudah berubah.

"Dia tak perasan waktu menari itu ada nampak telinga. Dia bukan berubah tapi tak perasan," jelasnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: