27 October 2022

TERPAKSA TEBUK TULANG RUSUK KANAN, ADA KEMUNGKINAN HIDAP TIBI - MAFARIKHA MOHON DOA



"Disebabkan kandungan cecair dalam paru-paru kanan sekejap stabil dan tidak, pihak hospital sarankan untuk tebuk tulang rusuk kanan untuk periksa sama ada cecair yang tersekat itu jenis lendir, darah atau pun air," kata penyanyi Mafarikha Akhir yang memaklumkan tulang rusuk bahagian kanannya akan ditebuk pada petang hari ini (Khamis) dalam keadaan separuh sedar.


Memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi Instagram Story, Mafarikha, 29, yang dijangkiti C0V1D tahap lima sejak Selasa lalu itu berkata, doktor menyarankan dia menjalani prosedur berkenaan selepas paru-paru bahagian kananya berada dalam keadaan tidak stabil.

Prosedur itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti jenis cecair yang terperangkap di dalam bahagian organ berkenaan.

Sebelum ini, Mafarikha memberitahu dia terpaksa berpuasa selama beberapa hari kerana dikhuatiri air akan masuk ke bahagian paru-parunya. Dalam pada itu, Mafarikha menjelaskan, keadaan tersebut bukan disebabkan oleh C0V1D tetapi berkemungkinan tuberkulosis atau tibi.

Klik untuk gambar besar



"Punca rasanya bukan kerana C0V1D tetapi mungkin tibi. Insya Allah prosedur akan dilakukan petang ini dalam keadaan separuh sedar. Doktor akan bius dan guna alatan baru.

"Boleh ada kemungkinan untuk terkena paru-paru tapi harapnya tidak, kita nak tengok cecair jenis apa dan membuangnya," tuturnya.

Sementara itu, Mafarikha turut mengharapkan doa daripada peminat agar segala urusan menjalani prosedur berkenaan berjalan lancar.

Terdahulu, penyanyi ini memaklumkan dia sedang menerima rawatan di Hospital Kajang, Selangor selepas dijangkiti C0V1D sejurus selepas pulang dari Turkiye bersama suami. Mafarikha turut berkongsi dia mengalami beberapa simptom seperti kesukaran bernafas selain mengalami batuk berdarah.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: