27 October 2022

"JANGAN TERLALU KECAM..." - LANA NODIN DEDAH KOS BEDAH HIDUNG CECAH RM166,000, GUNA TULANG RUSUK SENDIRI GANTI SILIKON



"Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk! Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang.


"Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang," jelas pelakon Lana Nodin yang sudah mendapat keizinan suami, Mohd Daud McKienzie serta ahli keluarga lain sebelum menjalani pembedahan di bahagian hidungnya di Korea Selatan baru-baru ini.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 44, mendedahkan kos pembedahan tersebut mahal iaitu mencecah RM166,000 kerana dia menggunakan bahagian tulang rusuknya bagi menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal.

Dek kerana itu, Lana yang berkongsi mengenai pengalaman pembedahan berkenaan menerusi sesi siaran langsung di TikTok itu sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini.

Klik untuk gambar besar



"Kos keseluruhan kira-kira RM166,000... kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung. Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat.

"Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka dan buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal," ujarnya.

Dalam pada itu, Lana menjelaskan itu adalah pembedahan kali keempat bagi membetulkan bahagian hidungnya yang senget selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika menunggang motosikal ketika dia berusia 19 tahun.

Meskipun sudah beberapa kali membuat pembedahan hidung, Lana menjelaskan sebelum ini plastik atau silikon yang dimasukkan itu sering mengalami jangkitan dan terpaksa ditukar.


"Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.

"Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang," tuturnya.

Sebelum ini, Lana ada memuat naik video dirinya sedang bersiar-siar di Seoul dengan bahagian hidungnya berbalut. Tanpa berselindung, Lana memberitahu sudah 15 hari dia menjalani pembedahan pada bahagian hidung dan akan membuka balutan berkenaan dalam tempoh seminggu lagi.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga pernah mengakui melakukan pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya kesan daripada kemalangan tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: