Anak sulung usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang bertindak menggunting rambut sehingga pendek itu baru-baru ini telah mengundang kecaman daripada pengguna laman sosial.
Ini kerana penampilan baharu Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 17, itu dilihat kurang sesuai digayakan seorang remaja perempuan kerana dikatakan menyerupai lelaki.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Cik B berkata, ibunya yang memberi cadangan imej baharu berkenaan kerana rambutnya sudah rosak.
"Mama kata rambut saya rosak... jadi mama guntingkan rambut yang rosak itu sebab nanti rambut tumbuh yang baharu. Tapi rambut bahagian atas saya tak bagi mama sentuh. Mama guntingkan tapi tak cantik, saya terpaksa pergi kedai gunting rambut lain untuk betulkan semula.
"Rambut saya rosak sebab warnakan rambut dan tak jaga dengan betul. Kalau tak gunting lambat laun dia akan botak. Sekarang ni rambut pendek lebih okay," kata Cik B yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Cik B sempat memberikan pesanan kepada pengguna laman sosial yang mengecam dirinya dan ibu mengenai penampilan baharu itu.
"Saya abaikan sahaja komen-komen itu sebab saya pun dah lali. Dah tak kisah, bagi saya... You do you, I do me. Sebab mulut masing-masing tak boleh nak tutup jadi kalau yang membenci tu dosa masing-masing, jadi mereka dah derma pahala kepada kitalah," ujarnya.
Sebelum ini, Vida menerusi Instagram miliknya berkata, dia tidak kisah jika Cik B tampil dengan imej sedemikian kerana mahu anaknya itu menerokai zaman remaja serta melakukan apa yang disukai.
"Bagi masa untuk Cik B, biar dia buat apa yang dia suka, explore zaman kanak-kanak remaja," tulisnya.
________________________
No comments:
Post a Comment