18 October 2022

JACLYN VICTOR AKUI TIADA NIAT LANCAR PERANG DEK DUA MINGGU BERTURUT-TURUT DI KEDUDUKAN TERATAS



Nampaknya penyanyi Jaclyn Victor berjaya menduduki kedudukan pertama selama dua minggu berturut-turut dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9). Berhubung hal itu, penyanyi berusia 43 tahun itu memberitahu yang dia bukan ingin melancarkan 'perang' dengan mana-mana peserta GV.


Jaclyn atau nama penuhnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berkata, tidak wujud tentang bersaing dalam dirinya memandangkan semua peserta yang bertanding adalah sahabatnya sendiri.

"Seperti saya pernah beritahu, ia bukan fasal nak berperang atau tidak... setiap kali saya naik ke pentas, saya seboleh-bolehnya mahu menjadikan persembahan itu yang terbaik. Saya tidak perlu memang tetapi biarlah persembahan saya itu dapat memuaskan hati juri dan penonton. Itu yang saya selalu doakan," katanya.

Pada pertandingan itu, Jaclyn tampil bersama penyanyi Aina Abdul menyampaikan lagu 'Cinta' nyanyian asal Marsha Milan Londoh. Persembahan mantap mereka membolehkan Jaclyn mendapat markah tertinggi daripada juri iaitu 92.40 peratus.

Klik untuk gambar besar



Berkongsi pengalaman berduet bersama Aina Abdul, Jaclyn memaklumkan mereka mempunyai keserasian yang baik selain turut memahami kehendak antara satu sama lain ketika di atas pentas. Tambahnya, dia kagum dengan pelatun lagu Semalam itu memandangkan Aina seorang penyanyi muda dengan bakat besar.

"Apabila berada di atas pentas kami tidak bercakap, rasanya kami ada keserasian yang baik sebab benda yang tidak diluahkan dengan kata-kata pun saya tahu apa dia fikirkan.

"Gerak tangan semua dia macam faham, saya suka berduet dengannya. Saya kagum dengan Aina sebagai seorang penyanyi. Dia masih muda tapi bakatnya cukup luar biasa... dia tahu ini pertandingan saya, kami bahagi tugasan dengan baik dan dia banyak memberi saya ruang," tuturnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: