04 October 2022

PENAMPILAN DIPERSOAL - HAEL HUSAINI PAKAI RANTAI EMAS?



Penampilan penyanyi dan komposer terkenal iaitu Hael Husaini sejak kebelakangan ini sering menjadi perhatian ramai apabila dilihat seprerti seakan selebriti di Korea Selatan.


Menerusi muat naik di media sosial baru-baru ini, Hael ada berkongsikan video menjayakan konsert ulang tahun CUCKOO ke-8 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu lalu.

Melihat pada video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, memaparkan Hael mengenakan pakaian serba merah dan 'glove' berwarna hitam pada bahagian kedua-dua tangannya. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian ramai adalah aksesori rantai yang dipakai oleh penyanyi lagu 'Jampi' itu.

Klik untuk gambar besar



Diruangan komen, ada yang tertanya-tanya adakah ianya rantai emas atau mungkin sekadar aksesori biasa sehingga orang ramai tersalah anggap ia adalah emas.

Terdahulu, penyanyi itu yang dikatakan seolah-olah mahu meniru pelakon popular Korea Selatan, Lee Min Ho. Tidak kurang juga ada yang berpendapat Hael berubah terlalu drastik dan dilihat berbeza dengan wajahnya yang dahulu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: