05 October 2022

KEADAAN KOMPOSER WAN ZUL KINI SEMAKIN STABIL



"Alhamdulillah, keadaannya dipantau anaknya yang berada di hospital. Dia masih ditidurkan bermula dari jam 8 malam kelmarin sehingga keadaannya stabil. Kelmarin, jantungnya laju sampai terhenti sekejap. Alhamdulillah pagi semalam okey dan bacaannya kembali normal. Doktor mula beri ubat. Oksigen dan asid dalam darah juga okey.


"Ramai kawan-kawan dalam kumpulan WhatsApp mendoakan dia serta bagi kata-kata semangat buat anaknya yang turut berada dalam kumpulan itulah kata adik kepada komposer terkenal, Che Wan Zul iaitu Che Wan Zuhaini mengenai keadaan abangnya yang kini semakin stabil.

Sebelum ini, Wan Zul, 61, dilaporkan kritikal di Hospital Kemaman, Terengganu, akibat kencing manis dan jangkitan kuman dalam paru-paru. Che Wan Zuhaini berkata, perkembangan terbaru setakat petang semalam menyaksikan tekanan darah abangnya yang masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) kini stabil.

Wan Zuhaini atau nama sebenarnya Che Wan Zuhaini Che Wan Abd Ghani berkata, abangnya yang tinggal di Kijal dimasukkan ke Hospital Kemaman itu sejak Ahad lalu.

"Bacaan kencing manisnya tinggi iaitu 24. Setahu saya dia makan ubat, tapi tak pasti mungkin kadang-kadang dia terputus ubat. Sebelum itu dia ada mengalami demam dan dibawa ke hospital. Selepas pemeriksaan barulah dia dimasukkan ke wad kecemasan. Ujian x-ray mendapati ada jangkitan kuman di paru-paru

"Tengah hari kelmarin dia diberikan alat bantuan pernafasan untuk ditidurkan kerana keadaannya kritikal. Sekitar jam 8 malam barulah abang dimasukkan ke ICU," katanya.

Untuk makluman, Wan Zul berkahwin dengan Tengku Siti Famah dan memiliki sepasang anak iaitu Che Wan Norsyikin dan Che Wan Noradli. Kariernya sebagai komposer menyaksikan Wan Zul mencipta lagu popular kumpulan Iklim iaitu 'Suci Dalam Debu'.

Dia turut mencipta lagu popular lain seperti 'Hanya Satu Persinggahan' (Ekamatra), 'Antara Sutra Dan Bulan' (Damasutra), 'Aduhai Seribu Kali Sayang' (Iklim), 'Kerana Takdir' (Saleem), 'Biografi Cinta Luka' (Iklim),'Itulah Cintaku' (Ilusi), 'Di Badai Asmara' (Sera), K'hazanah Dari Malaya' (Ayati Tasrip) dan banyak lagi.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: