04 October 2022

'PEREMPUAN ITU' TETAP DITAYANGKAN - ERMA FATIMA TAK TERSINGGUNG ZUL ARIFFIN KATA 'MALAIKAT'



"Bagi saya ini adalah pengajaran kepada semua orang, bukan saja untuk Zul tapi untuk diri saya, pengarah dan artis-artis lain. Saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.


"Mungkin ini juga pesan daripada Allah kepada kita semua," kata penerbit drama 'Perempuan Itu', Erma Fatima yang berharap hukuman yang dikenakan terhadap pelakon utama drama terbabit, Zul Ariffin dijadikan pengajaran buat semua.

Erma ketika dihubungi berkata, dia menganggap isu yang berlaku itu sebagai pesanan daripada Tuhan supaya lebih berhati-hati. Walaupun drama terbabit berdepan kontroversi, namun Erma memberitahu drama arahan Ain Sharif akan tetap ditayangkan dan sedang melalui proses penyuntingan.

Klik untuk gambar besar



"Drama ini memang akan ditayangkan dan kami sedang menunggu tarikh tayangan. Kami juga sedang dalam proses penyuntingan. Bagi saya drama ini memang tiada masalah sebenarnya. Kita tak boleh terlalu cepat menghakimi hanya kerana satu video yang tular sampai mahu menghukum drama itu. Tak adil bagi saya," tuturnya.

Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 54, memaklumkan, adegan sumbang yang dimuat naik Zul di media sosial itu tidak akan ditayangkan.

"Memang tidak akan boleh keluar. Babak itu tak perlu kita hantar kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau stesen TV sebab kita sudah tahu jawapannya," jelasnya.


Berhubung kenyataan dari Zul yang mengatakan pihak lain merupakan 'malaikat' selepas aktor itu saja yang dikenakan hukuman di Mahkamah Seksyen Sepang, Erma mengakui dirinya sedikit pun tidak tersinggung.

"Saya tak terasa pun dengan kenyataan itu sebab drama itu tetap akan ditayangkan pada umum namun babak panas akan disunting semula.

Ujarnya lagi, netizen tak seharusnya terlampau cepat untuk menghukum hanya kerana satu klip video yang tular kerana Erma tetap akan menghantar babak itu kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: