Anak perempuan kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena Baswani dikenali ramai di platform TikTok. Baru-baru ini, perkongsian anak Sharifah Zarina menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video berpelukan dengan seorang lelaki.
Menerusi video dikongsikan, Athalia dilihat berjalan bersahaja sambil bermain dengan rambutnya sebelum berpelukan dengan seorang lelaki yang juga personaliti media sosial England, Elliot James Reay sebagai tanda bertegur sapa.
Perkongsian Athalia itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi darpada netizen kurang senang dengan tindakan gadis itu yang tiada segan silu memeluk lelaki bukan mahram.
Tidak kurang juga, ada netizen tertanya-tanya reaksi ibu kepada gadis itu melihat anaknya berpelukan dengan lelaki. Malah, ada yang menitipkan pesanan kepada Athilia supaya lebih berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian kerana bimbang ibunya terkena tempias.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ada yang memetik ibu kepada gadis itu supaya memberi nasihat kepada anaknya. Namun, apa yang lucu apabila ada yang salah memetik nama Sharifah Sakinah.
Perkara itu mendapat perhatian Sharifah Zarina yang memberikan respon dimana dia tidak kisah jika netizen mahu mengecam dan mengkritik anaknya tetapi pastkan memetik nama individu yang sebenar.
"Saya tak kisah kalau ada yang nak bagitahu saya, anak saya dikecam atau orang kutuk anak saya ke, saya tak kisah. Tapi, tolonglah tagged saya ya. Jangan tagged artis lain. Itu Sharifah lain, ini Sharifah lain," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment