31 October 2022

RUNTUH RUMAH TANGGA ORANG BUKAN MASALAH BESAR - PUTERI SARAH MINTA PENGIKUTNYA BINCANGKAN



"Bukan masalah besar meruntuhkan rumah tangga orang... Bincangkan," tulis Puteri Sarah Liyana di media sosial miliknya, dimana dia meminta pengikutnya membincangkan tentang kenyataan dibuat oleh pelakon veteran Kazar yang menyifatkan kemelut melanda rumah tangga aktres itu dan suami, Syamsul Yusof melibatkan anaknya, Ira Kazar sebagai bukan masalah besar.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya berpihak kepada Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dan menyifatkan kenyataan dibuat pelakon veteran itu sebagai tidak wajar. Malah terdapat beberapa selebriti wanita turut menganggap kenyataan tersebut sebagai kelakar.

"Bukan masalah besar... #berdamai.. senangnya cakap... ooo lupalah yang kena kebas tu pula jutawan... mana tak kisahnya. Kenapa sanggup keluar 'statement' macam tu. Ujian besar sungguh buat Puteri Sarah. Moga ada keadilan buat awak dan anak-anak."

"Semudah itu bapa dia cakap... kalau anak sendiri pula yang kena macam mana la agaknya... atau kalau yang lelaki tu orang biasa-biasa marhaen, apa pula dikata? Aishhh...naik geram baca."

Klik untuk gambar besar



"Dia rileks je kot sebab anak dia dua orang dah cerai berai." - "Dia ini tak terkena dekat keluarga sendiri. Andai satu hari ada perosak yang meruntuhkan rumah tangga keturunan dia, baru dia tahu."

"Bayangkan kalau rumah tangga anak pakcik sendiri. Agak-agak macam mana rasa ya?" - "Meruntuhkan rumah tangga orang umpama meruntuhkan masjid ya pakcik," antara komen-komen pengikut Puteri Sarah.

Kazar sebelum ini mengulas mengenai kontroversi yang melanda anaknya dengan meminta agar semua pihak terlibat berdamai dengan mengatakan apa yang berlaku itu bukan masalah besar.


Dalam kenyataan itu, Kazar juga memberi nasihat kepada netizen agar jangan terlalu kasar sangat. Katanya, komen yang baik-baik, sebab ini semua kerja Allah.

Terdahulu, pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami juga pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu.

Difahamkan, Puteri Sarah juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan iaitu Ira agar berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pada akhir Julai lalu juga, Pengarah Jabatan Agama Islam.Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan Ira hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul. Justeru, Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: