17 October 2022

SELEPAS ANAK KEMBAR ZARINA ZAINUDDIN, ATU PULA JADI MANGSA SUNTINGAN 'NAKAL' DI WIKIPEDIA



Sebelum ini, pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa kecewa selepas anak kembarnya dituduh dengan pelbagai maklumat tidak benar di Wikipedia, kini pelawak Atu Zero, 30, pula menjadi mangsa suntingan 'nakal' netizen berhubung info Wikipedianya.


Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif menganggap perbuatan itu menghiburkan dan tidak ambil hati pun, malah merasa hal terbabit kelakar.

"Nanti saya muat naik gambar saya dengan BTS dan BLACKPINK. Bagi saya benda itu menghiburkan. Selagi perkara itu bukan sesuatu yang negatif dan mengaibkan, saya okey.

Klik untuk gambar besar



"Bila saya tengok ada penambahan nama artis seperti BLACKPINK dan BTS, alhamdulillah saya diangkat pula seperti selebriti yang sangat berkebolehan," katanya dengan nada bergurau.

Terdahulu, Atu berkongsi sebuah hantaran foto maklumatnya di Wikipedia disunting. Dia dikatakan pernah menyanyi dan membuat persembahan dengan ramai penyanyi kelas dunia seperti Bon Jovi dan Ricky Martin.

Terbaru, info itu turut ditambah dengan nama BTS dan BLACKPINK. Bahkan dia turut dikatakan pernah berlakon dalam banyak rancangan televisyen drama dan filem Korea seperti 'Crash Landing on You', dan 'Lawyers'.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: