Baru-baru ini, Fara Mendoza menerusi Tik Tok miliknya telah memuat naik video sedang berseronok di kelab malam bersama dengan rakan-rakan rapatnya. Video yang dikongsikan itu telah tular di media sosial.
Melihat pada video tersebut, kelihatan pelakon Emma Maembong serta isteri Addy Kanna iaitu Alyaa Syuhaila dilihat sedang seronok menari. Video itu turut memaparkan Fara Mendoza sedang menari dengan seorang lelaki, manakala Emma pula berada di sebelah kiri lelaki tersebut.
Hasil tinjauan di posting lain, kelihatan suami Emma juga ada turut ada bersama. Menerusi salah satu video dikongsikan Fara Mendoza, turut disertakan kapsyen #10years menunjukkan sudah berkawan baik 10 tahun lamanya dengan Emma Maembong.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan Fara Mendoza dan Emma Maembong. Selain pujian, tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakan selebriti tersebut.
Klik untuk gambar besar
________________________
No comments:
Post a Comment