"Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami. Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan," demikianlah tulis Aman Ra dimana penyanyi rap itu memaklumkan dia sudah selamat mengakhiri zaman dudanya dengan pilihan hatinya, Amirah Hani semalam.
Berita gembira itu dikongsi Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin menerusi laman Instagram. Bagaimanapun, Aman mengehadkan komen di hantaran itu. Difahamkan, Amirah yang juga kakak kepada cef selebriti Anis Nabilah itu juga turut merencana kerjaya sebagai selebriti.
Walaupun tidak memperincikan mengenai hari berbahagia serta identiti isterinya, penyanyi yang popular dengan lagu 'Bangun' itu turut menyertakan gambar mereka di atas pelamin.
Klik untuk gambar besar
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan selebriti iaitu Tiz Zaqyah, Azira Shafinaz, Janna Nick dan rakan-rakan terdekat pasangan ini.
Selain ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti, ramai memuji kecekapan penyanyi berusia 35 tahun itu menyembunyikan hubungan cinta mereka hingga selamat disatukan.
Untuk makluman, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat tetapi bercerai pada 5 Ogos tahun lalu selepas lebih setahun melafazkan cerai secara taklik. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3.
________________________
No comments:
Post a Comment