11 October 2022

WAJAH BILAL TERSEBAR - NEELOFA TERSINGGUNG: "YOU TAK HORMATI KEHENDAK SAYA"



Baru-baru ini, tular video dimuat naik seorang individu di aplikasi TikTok dimana memaparkan bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa selebriti terkenal Noor Neelofa dan suami, PU Riz yang berada di sebuah hospital atau klinik.


"Hensem Muhammad Bilal anak Neelofa," puji pemilik akaun Eira_gold tersebut di TikTok manakala rata-rata netizen di aplikasi terbabit juga meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen selepas video berdurasi 19 saat itu dikongsikan dan dalam pada itu, ia ditinggalkan ribuan tanda suka.

Berhubung penyebaran gambar wajah bayi yang dipercayai Muhammad Bilal dimana ia diambil secara curi-curi, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen itu. Menurut Neelofa, apa yang dilakukan individu tersebut seolah-olah tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa Bilal.

"Macam ni lah... sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar (Bilal), takkan saya nak sorok muka dia?

Klik untuk gambar besar



"Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu," katanya.

Dalam pada itu, Neelofa turut meminta agar diberikan sedikit ruang serta tidak lagi ditanya mengenai anaknya yang kini mencecah lapan bulan. Tambah neelofa lagi, dia akan berkongsikan wajah Bilal apabila tiba masanya nanti.

"Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan. Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?" ujarnya.

Namun, ada netizen beranggapan bahawa tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: