11 October 2022

WAN MAIMUNAH TERPAKSA 'MENGEMIS' DAPATKAN HAKNYA DEK PRODUKSI CULAS BUAT BAYARAN



"Biasanya ibu (panggilan Wan Maimunah) memang tak ambil wang pendahuluan kerana bayarannya pun tidak seberapa tetapi itu pun ada yang liat hendak bayar sampai terpaksa meminta-minta. Bayaran diberikan juga tak setimpal dengan usaha diberikan sampai pernah ibu minta tokok (tambah) dan tidak kisah bayaran dibuat selepas semua kerja selesai.


"Ada orang kata ibu bodoh, tetapi ibu bukan jenis kisah sangat kerana berapa pun bayaran diberikan itu adalah rezeki dari Allah," itulah ujar pelakon veteran, Wan Maimunah yang mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima bayaran setimpal dengan hasil kerja yang dilakukan biarpun dia layak mendapat lebih daripada apa yang diberikan.

Menerusi laporan mStar, Wan Maimunah berkata adakalanya dia terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan haknya apabila ada pihak produksi bersikap culas untuk membuat pembayaran.

Bagaimanapun, pelakon berusia 65 tahun itu tidak menyalahkan pihak produksi sepenuhnya serta merayu agar pihak penerbit lebih peka. Dalam pada itu, Wan Maimunah berkata dia sudah memaafkan serta menghalalkan pada pihak yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya.

"Ibu merayu kepada penerbit turun padang intai-intai sama ada pengurus produksi lakukan kerja secara jujur atau sebaliknya. Rezeki semua terletak pada Allah, ibu tidak mahu buka aib sesiapa, tapi ibu sudah halalkan semuanya," katanya.

Difahamkan, Wan Maimunah akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 Disember depan bagi mengerjakan ibadah umrah serta menyimpan hasrat untuk memakai pakaian berwarna putih untuk menjadi tetamu Allah kali ini.

Wan Maimunah yang teruja bakal berangkat ke Makkah itu memberitahu dia bersyukur kerana ada pihak bermurah hati menajanya dan berharap dapat melakukan ibadah dengan baik sepanjang berada di sana.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: