25 November 2022

"BILA KURUS KATA TAK TENTU ARAH, GEMUK LAGI CANTIK" - AISHAH GERAM PENAMPILAN TERKINI KENA SINDIR



"Beberapa hari lepas I uploaded video soundcheck utk satu persembahan minggu lepas. Memang I akui masa soundcheck tu, I tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana I drive berjam2 membuatkan I kurang mood nak dress up utk soundcheck.


"Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam. Tapi like they say, 'the show must go on.' Tapi I notice ramai juga yg komen sesedap jari nak taip, jenis2 mcm ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA 😝😝😝.

"Ada yg kata, 'dah tak tentu arah bila kurus..' 'lagi cantik masa gemuk'... Korang punya mak bapak tak ajar ye, kalau tak ada benda baik nak cakap atau taip baik diam.

"Diorang tak ajar ye? Ok meh I tolong ajarkan 😁😁. Segala yg kita komen nanti akan ditanya di akhirat, jadi lebih baik kalau tak ada benda baik nak tulis, baik diam saja. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Susah nanti nak cari orang tu minta maaf di akhirat nanti. Memang ramai ye jenis mulut puaka mcm ni 🤦‍♀️🤦‍♀️. I cannot brain," tulis penyanyi Datuk Aishah yang menegur tindakan segelintir pengguna laman sosial yang mempersendakan bentuk badannya yang kini semakin kurus dan langsing.

Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 57, yang berasa geram dengan komen negatif diterima di media sosial itu berkata, perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka kerana ia merupakan isu sensitif bagi sesetengah orang.

Penyanyi lagu 'Pulanglah' ini membalas kata-kata negatif yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.



Sementara itu, menjengah ruangan komen, peminat mempersoalkan tindakan individu berkenaan menulis komen negatif berkenaan.

"Pelik orang zaman sekarang ini. Kalau gemuk, nanti jadi bahan jenaka. Apabila kurus, marah pula. Netizen nak apa sebenarnya.

"Saya suka tengok kak Aishah yang sekarang sebab nampak lebih selesa bila menyanyi. Suara pun masih lunak merdu. Semoga Allah lindungi kak Aishah dari kata-kata yang buruk," komen pengikutnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: