26 November 2022

"ALLAH TEGUR SAYA, KALAU TAK BERUBAH JUGA TAK TAHULAH" - NIEZAM ZAIDI KINI INSAF LEPAS KELUAR PENJARA, MAHU MENDALAMI AGAMA



"Alhamdulillah, saya hanya percaya kepada qada dan qadar Allah. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku pada diri saya, kalau sebelum ini orang tegur tak jalan, kali ini Allah yang tegur saya. Kalau tak berubah juga tak tahu lah.


"Allah dah susun yang terbaik untuk saya, mungkin kalau waktu itu saya give up, perkara buruk akan jadi, maka saya hanya positif sahaja," itulah kata pelakon Niezam Zaidi yang menganggap 'peristiwa hitam' dimana dia pernah dipenjara selepas terkait dengan kes dadah itu sebagai satu hikmah dan dijadikan pengajaran buat dirinya.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan denda sebanyak RM4,000 selepas selepas Niezam mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah pada Oktober tahun lalu.

Jelas Nizam, peristiwa berkenaan adalah teguran daripada Allah untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik selain menjadikan dia lebih bersikap positif. Dalam pada itu, Niezam akui bersyukur apabila kerjaya seninya masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang sekatan oleh stesen TV atau syarikat produksi.

"Saya keluar daripada 'tempat belajar' itu, saya ada jumpa seorang kenalan namanya abang Sham di stesen TV sebelah yang jaga bahagian drama, dia bagi tahu yang nama saya tak pernah di blacklist pun, bila saya dengar itu, waktu itu momen yang buat saya rasa bersyukur sangat-sangat," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Kini sedang mendalami ilmu agama, Niezam memberitahu, keadaan kesihatan ibunya yang kurang baik turut membuatkan dia sedar dan ingin membuat perubahan dalam hidup. Malah situasi yang melanda dunia ketika ini turut menjadi asbab untuknya memperbaiki diri sebagai persediaan.

"Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Situasi yang berlaku pada dunia ketika ini juga membuatkan saya terfikir kita tidak lama di dunia ini. Emak saya pula sedang sakit. Kadang-kadang saya ini terlalu fikir sampai bila emak akan hidup, tapi sebenarnya saya patut fikir sampai bila pula saya akan hidup. Jadi, saya mahu hidup untuk berjasa dan berkhidmat.

"Bila ada satu 'turning point' berlaku dalam hidup, saya tak boleh ikut kehendak diri sendiri sebaliknya saya lakukan apa-apa kerana Allah. Bila niat saya kerana Allah segalanya berjalan dengan lancar.

Menurut Niezam, bagi memastikan dirinya sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama, dia kini mengikuti beberapa kumpulan tabligh sekiranya mempunyai masa lapang, bagi mendekatkan diri dengan Allah.

"Sebelum ini ada kumpulan tabligh ajak keluar. Tapi saya sertai tabligh dari Bangladesh yang datang ke kampung saya. Mereka beritahu siapa yang turun masjid ini sudah terpilih. Ayat itu membuatkan hati saya tersentuh dan saya cuba berdakwah dengan cara yang saya boleh buat.

"Saya rasa sangat gembira dan saya menyukainya. Saya pandang semua orang sekarang ini semua baik, saya yang jahat, itulah apa yang daripada pandangan sekarang ini.

"Saya pun tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklumlah, saya berada dalam industri hiburan dan saya bergelar pelakon. Takut timbul persepsi sehingga boleh menimbulkan fitnah," ujar pelakon berusia 30 tahun itu.

Jelas Niezam atau nama sebenarnya Muhammad Niezam Mohd Zaidi, 30, itu lagi, perubahan tersebut bukan bererti dia mahu meninggalkan dunia lakonan sebaliknya akan terus berlakon selagi bakatnya diperlukan. Perubahan yang sedang dilakukan juga bukan bererti dia lebih bersikap selektif terhadap watak diberikan kepadanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: