26 November 2022

"DIAM ITU LEBIH BAIK... BERHATI-HATILAH DENGAN DOSA LISAN MAHUPUN TULISANMU" - IRA KAZAR



Semua sedia mengetahui mengenai isu yang melanda pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof selepas anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan itu.


Isu tersebut hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu apabila Puteri Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar.

Terkini, menerusi hantaran terbaru di laman sosial, Ira telah memuat naik satu perkongsian yang juga ditujukan buat dirinya sendiri. Menerusi entri itu, Ira berkongsi kata nasihat dan muhasabah diri untuk berdiam diri daripada bercakap perkara yang tiada faedah.

"Diam itu lebih baik jika tidak ada 'perkara baik' untuk diperkatakan. Berhati-hatilah dengan dosa lisan mahupun tulisanmu. Muhasabah," katanya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: