"Assalamu'alaikum semua. Nad Zainal kini masih berada dalam pemulihan yang intensif, namun Alhamdulillah, ada perubahan yang positif hari demi hari. TabaarokAllah. Mewakili keluarga, rakan-rakan dan semua yang menyayangi Nad, terima kasih atas doa semua yang sentiasa mendoakan dia.
"Saya pohon agar kita terus mendoakan dia agar kembali sembuh dengan keadaan paru paru terbaik seperti biasa," demikian tulis pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, yang memaklumkan keadaan, rakannya yang juga pelakon, Nad Zainal, 32, lebih balik berbanding malam Isnin.
Khabar tersebut dikongsikan Ungku Ismail menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Insta Stories. Menerusi status sama, dia turut meminta ramai untuk terus mendoakan kesembuhan buat pelakon 'Cina Buta' itu yang kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor, susulan mengalami paru-paru berdarah.
Sebelum ini, Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, pengarah yang juga merupakan sahabat Nad iaitu Shahrulezad Mohameddin turut memaklumkan pelakon itu menunjukkan perkembangan positif, namun tidak dibenarkan menerima pelawat.
"Baru dapat perkhabaran keadaan Nad semakin baik berbanding semalam. Alhamdulillah dia semakin stabil. Cuma tidak boleh diganggu atau menerima pelawat kerana keadaan dia yang masih dalam pemantauan. Takut dibimbangi dijangkiti kuman yang lain pula," katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Shahrulezad yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Jumaat itu memberitahu bahawa Nad Zainal masih lagi ditidurkan untuk memastikan paru-parunya benar-benar pulih.
"Dia masih lagi intubated. Pihak doktor tidak mahu tergesa-gesa sedarkan dia kerana nak pastikan keadaan paru-paru dia kuat dahulu sementara doktor memantau dia. Jangan risau ramai doktor pantau dia," ujarnya.
Shahrulezad mewakili keluarga juga meminta orang ramai terus mendoakan Nad. Malah, dia akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai keadaan kesihatan pelakon itu.
"Pihak keluarga mohon agar doa buat Nad berterusan dan semoga Nad diberi kekuatan dalaman untuk dirinya sendiri. Kalau ada apa perkembangan nanti saya akan kongsikan. Jangan lupa kongsikan doa untuk Nanad," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment