25 November 2022

ELIZABETH TAN DEDAH HADAPI MASALAH ALOPECIA, KEGUGURAN RAMBUT KRITIKAL



"Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopecia.


"Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar. Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak.

"Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi," itulah kata penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan yang mendedahkan dia menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, 29, yang mula berdepan masalah alopecia sejak 2018 itu mengakui dia enggan mendedahkan penyakit dialami itu sebelum ini kerana tidak mahu meraih simpati orang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai terutama peminat. Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.

"Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini," jelas penyanyi lagu 'Semua Sudah' itu.

Dalam pada itu, Lizzy turut memaklumkan, dia baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan dia memotong rambut seperti lelaki.

"Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopecia kembali menyerang selepas saya memotong rambut," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: