25 November 2022

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG KETIGA - HUNNY MADU SEDIH LIHAT PARUT DI DADA ANAK



Pada Selasa lalu, anak kedua kepada penyanyi dan pengacara Hunny Madu iaitu Adam Musa telah menjalani pembedahan jantung buat kali ketiga. Hunny menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa lega pembedahan anak lelakinya itu berjalan lancar.


Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim, 38, berkata, Adam berada dalam keadaan stabil selepas tiga hari ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).

"Adam sudah stabil tetapi semalam masih demam. Sistem imum tubuhnya perlu 'bekerja' lebih dan kini berada dalam mood tidak berapa baik. Adam seorang kanak-kanak yang berani.

"Saya perlu memberi kredit kepada keberaniannya itu sebanyak 1,000 kali setiap hari. Perjalanan ini tidak mudah. Bibirnya juga bengkak kerana dia menggigit bibirnya. Melihat keadaan parut di dadanya juga membuatkan air mata saya mengalir," katanya.

Klik untuk gambar besar



Hunny turut memaklumkan Adam yang mempunyai masalah jantung yang dihadapi Adam sejak dia dilahirkan. sudah dipindahkan ke High Dependency Unit (HDU) selepas tiga hari dipantau di ICU.

Dalam pada itu, Hani turut memuji keberanian anaknya yang berusia lima tahun itu dan menganggap perjalanannya bukan perkara mudah da sebagai seorang ibu hatinya luluh apabila melihat parut pembedahan pada bahagian dadanya anaknya selain bibirnya menjadi bengkak.

Tambah Hunny, bukan mudah bagi mana-mana ibu bapa untuk melihat keadaan anak mereka yang terlantar sakit apatah lagi ditempatkan di wad ICU.



Pun begitu, penyanyi itu lega apabila diberitahu keadaan Adam semakin stabil dan menyifatkan berita itu seolah-olah satu beban sudah hilang daripada bahunya.

"Syukur Alhamdulillah, akhirnya saya boleh tersenyum. Saya merasakan separuh daripada beban saya sudah hilang kerana tiga hari lepas saya banyak menangis melihat Adam berada di ICU.

"Terima kasih untuk semua yang mendoakan Adam. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar DM (mesej peribadi) memberikan ucapan manis buat anak saya," tuturnya.

Adam sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung kompleks dipanggil Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pada Disember 2017. Ketika berusia tujuh bulan, Adam dimasukkan ke IJN bagi menjalani pembedahan Stent PDA buat kali kedua.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: