12 November 2022

ANAK SULUNG SELAMAT NIKAH - SHIERA TERIMA MENANTU PERTAMA



Pada tanggal 11 November 2022 iaitu semalam, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah telah selamat menerima menantu pertama selepas anak sulungnya, Allisya Tahir, 25, selamat diijab kabul dengan lelaki pilihan dikenali Zulhisyamuddin atau Sham.


Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa kandung pengantin perempuan sendiri iaitu Jatt atau nama sebenarnya Tahir Ali yang merupakan vokalis kumpulan Black Dog Bone. Dalam majlis yng diadakan sebuah dewan di Kuala Lumpur itu menyaksikan Allisya menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Berkongsi detik gembira menerima menantu pertama, Shahirah atau lebih mesra dengan sapaan Shiera, 48, berkata, sebagai ibu, dia bersyukur anaknya itu selamat bergelar isteri.

Tambah Shiera, ramai pihak terkejut apabila dia sudah menerima menantu di usia 48 tahun selain ada kenalan yang mengalirkan air mata ketika majlis pernikahan berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Malah, dia juga tidak menyangka ramai rakan-rakan selebriti turut hadir pada majlis berkenaan termasuk rakan baiknya, Azah Aziz yang sanggup terbang dari Kanada semata-mata menghadiri majlis tersebut.

"Apabila Allisya minta izin untuk berkahwin, saya bersama ahli keluarga membuat persiapan untuk majlis pernikahannya. Tapi sejak semalam ramai yang terkejut apabila saya sudah menerima menantu.

"Saya bersyukur dan seronok apabila majlis pernikahan berjalan lancar. Walaupun ramai kenalan yang hadir menjangkakan saya akan menangis, tapi semua itu tak berlaku.



"Sebaliknya, rakan-rakan artis yang hadir pula mengalirkan air mata apabila saya perlu melepaskan anak dan menerima menantu. Rakan-rakan artis berkongsi debaran mereka apabila perlu melepaskan anak dan menerima kehadiran menantu satu hari nanti," katanya.

Menurut Shiera, Allisya bakal berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga suaminya yang memiliki inap desa selain menjalankan beberapa aktiviti perkhidmatan kepada pelancong.

"Allisya memang sudah buat pilihan untuk tinggal di Pulau Tioman bagi menguruskan perniagaan kakak kepada suaminya yang mempunyai inap desa. Menantu saya ini memang orang pulau.



"Dia lahir dan dibesarkan di Kampung Salang, Pulau Tioman. Jadi dia sendiri pun memang memandu bot untuk bawa pelancong selain menjadi pengajar untuk aktiviti snorkeling," jelasnya.

Terdahulu, Shiera ada memuat naik beberapa hantaran di laman sosialnya tentang persiapan majlis berkenaan termasuk detik sebelum Allisya dinikahkan.

Pengikut pelakon itu turut terhibur dengan kapsyen pada perkongsiannya apabila dia memberitahu tidak tahu apa perlu dilakukan sebagai ibu pengantin.



Untuk makluman, Allisya adalah anak Shiera hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya dengan Jatt yang berasal dari Singapura. Mereka berkahwin pada 1993 namun bercerai enam tahun kemudian.

Sebelum ini, Allisya yang mewarisi bakat seni ibu bapanya pernah muncul dengan single berjudul 'Hey Pria' ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama 'Nasi Kerabu Untuk Che Abe' di slot Akasia TV3.

Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena.




























         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: