13 November 2022

CIKGU TELEFON MINTA DATANG, ANAK KETIGA KAK KM SUDAH 8 BULAN TAK HADIR SEKOLAH?



Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli baru-baru ini ada memuat naik video keluhan apabila dihubungi guru anak ketiganya yang memintanya untuk hadir ke sekolah.


Kak KM yang sering mencetuskan kontroversi itu sememangnya gemar berkongsikan momen bersama anak-anak di media sosial untuk dijadikan kenangan.

Dalam status itu, Kak KM berkata, cikgunya memaklumkan anak ketiganya dikenali sebagai Rania sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah sehingga dia diminta untuk hadir ke sekolah untuk berbincang mengenai hal tersebut.

Klik untuk gambar besar



Meskipun dilihat tenang, namun Kak KM berkata, dia akan memberikan hukuman kepada anak perempuannya itu di atas kesalahan yang dilakukan.

Perkongsian anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang turut terkejut tertanya-tanya mengapa anaknya itu tidak hadir ke sekolah.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mungkin ada sebab mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah hingga berbulan-bulan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: