24 November 2022

BAPA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN KANSER LIDAH - SUFIE RASHID LUAH RASA SYUKUR, UCAP TERIMA KASIH



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Sufie Rashid meluahkan rasa syukur apabila bapanya telah selamat menjalani pembedahan kanser lidah pada 23 November lalu, selain mengucapkan terima kasih atas semua doa.


"Alhamdulillah, earlier dan expected. Terima kasih semua yang mendoakan!" tulis Sufie di Instagram Story miliknya.

Sebelum ini, Sufie memohon semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan bapanya yang akan menjalani pembedahan tersebut dimana ia mangambil masa selama 14 jam.

"Assalamualaikum semua. Esok pagi (23 November) abah saya akan membuat operation buang cancer lidah yang akan mengambil masa sekurang kurangnya 14 jam," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Aku Sanggup' ini turut memberitahu, dia juga bimbang sekiranya pembedahan tersebut bakal memberi kesan terhadap keadaan jantung bapanya yang kini dikatakan berada dalam keadaan tidak kuat.

"Dengan keadaan jantung abah saya yang tak kuat, doctor mengesahkan sebagai 'moderate to high risk' Saya minta jasa baik semua untuk doakan abah saya semoga urusan abah saya dipermudahkan," tutur penyanyi asal Singapura itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar bapa Sufie dapat segera pulih selepas ini.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: